Wednesday, October 7, 2009

Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar

Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar

DIkirim oleh FFCrew Team di Isnin, 28 September 2009

Sumber : Berita Harian Online; 28 September 2009

Rak BukuKELEMAHAN penguasaan bahasa Inggeris diakui pelajar Melayu sendiri dan mereka yang ditemui menyatakan penyelesaian terbaik ialah di tangan pelajar sendiri.

Pelajar Pra Sains Universiti Teknologi Mara Kuala Pilah, Khairul Anuar Rosli, 20, berkata pembelajaran bahasa kedua itu sebenarnya lebih tertumpu kepada usaha seseorang.

Katanya, pelajar Melayu perlu berfikiran terbuka dan jangan menganggap belajar bahasa Inggeris menyukarkan.

“Ia adalah pembelajaran bahasa dan prosesnya sama seperti kita mula-mula belajar bahasa Melayu serta apa yang penting adalah pelajar mempunyai keinginan menguasai bahasa global itu.

“Pelajar Melayu masih berfikiran sempit dengan menganggap bahasa Inggeris susah, malah segelintir daripada mereka hanya tahu beberapa perkataan asas seperti ‘yes’, ‘no’, ‘alright’ dan ‘thank you’.

“Sememang bahasa melambangkan bangsa, namun di peringkat antarabangsa sehingga kini bahasa Inggeris tetap digunakan,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.

Khairul Anuar berkata, beliau sendiri belajar menerusi membaca seksyen tertentu seperti sukan serta berita di akhbar New Straits Times.

“Walaupun ada sesetengah perkataan saya tak faham, saya akan cuba kaitkan penggunaannya mengikut konteks ayat dan cuba meneka maknanya sebelum merujuk kamus,” katanya.
http://gpmsuitm.wordpress.com/

No comments:

Post a Comment