Friday, July 20, 2012

Belangsungkawa Faiz Nor




Ajal xknl usia..
hr ni, aku dan rakan2 batch teknik 2005/2006 br sj kehilangan shbt kami, Faiz Nor Fauzi akibat kemalangan jalan raya berhampiran Swiss Garden Hotel, Kuantan..(depan rumah mak sedara aku tu)..
menjelang Ramadhan yg mulia, kami dikejutkan dgn khabar ini.. masing2 sayu..
benar, ajal xknl usia.. aku msh terkejut dgn khabar ini.. rs spt br semalam jmpa ms program Tautan Kasih anjuran batch kami.. siapa sangka, siapa duga, pertemuan itu adalah kali terakhir arwah.. utk makluman, arwah br shj tamat pengajian di UMP dan sedang menunggu utk sesi konvokesyennya.. aku dpt bygkan bgmana perasaan mak ayahnya serta ahli keluarganya..
Ya Allah, tabahkan hati keluarga arwah Faiz Nor utk terima dugaan ini..
Ya Allah, tempatkanlah shbtku Faiz Nor di dalam golongan org2 yg beriman..

Al-Fatihah..

Saturday, November 27, 2010

Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah

Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah

Tinggalkan 'Ketuanan Melayu' Kalau Nak Maju Seru Wan Azizah
Oleh Suara Keadilan   
wawi3PETALING JAYA 27 Nov - Dalam mempersiapkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar slogan 'Ketuanan Melayu' yang dilaungkan oleh Umno ditinggalkan kerana ia hanya merupakan konsep untuk memperdaya dan memundurkan bangsa Melayu itu sendiri.

Malah kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-7 di di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi, jika Melayu mahu maju 'Ketuanan Melayu' wajib di tinggalkan terus kerana ia hanya menjadi landasan bagi segolongan kecil elit Melayu untuk kepentingan dan memperkayakan diri, keluarga, kaum kerabat dan kroni mereka sahaja.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi. Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.

"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain).

"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu," tegas beliau di hadapan hampir 3,000 perwakilan, pemerhati serta penyokong parti.

Tambah Dr Wan Azizah sesuatu bangsa iu tidak akan menjadi agung dan hebat dengan hanya memanggil diri mereka sebagai tuan malah tradisi orang Melayu, sendiri menuntut supaya mereka menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Tuesday, April 6, 2010

SeLaMaT.....

hoya...
ahlan wasahlan...
final exam dh dekat..
ada gak yg dh abis final exam..
well...aku nk ucpkan SELAMAT BERJUANG, SELAMAT MENEMPUH ALAM PEPERIKSAAN kpd kwn2ku yg bakal mnduduki peperiksaan final...
juga.. SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT BERSUKA RIA kpd kwn2ku yg br sudah melepasi cabaran peperiksaan..

GAMBATEH!!!...

Monday, January 25, 2010

DiAm TaK MaKNa TiADa...

Salam..
rakan2ku...
kemana kalian??...
senyap saja blog kiter???..
apa khabarkah kalian2 di luar sana??
anyway..
selamat menjalani semester baru kpd kalian...trskan perjuangan di arena ini sehingga berjaya..apa yg penting,jgn berputus asa dan kerjasama..tahniah kpd mereka2 yg dpt kptsn cemerlang utk peperiksaan lalu spt saudara Azwad dan Rahman(setakat yg mengirim khabar kpdku sj aku sempat menyembut)..bg yg xbjya mengekalkan prestasi,jgn risau..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya..pasti ada hikmah setiap yg terjadi..lakukanlah perubahan..pasti ada sinar menanti kelak..

oh ya..
berhubung program yg di war2kan dulu(reunion ex teknik batch 05/06 dgn student2 teknik Kuantan kini), sy minta kalian hubungi Cik Siti Sarah utk mendapatkan further information di talian seperti yg tertera dlm ruangan chat kita ===>

utk makluman kalian, sy dan Sarah tlh pergi ke Teknik Kuantan pd 9 dan 10 Januari 2010 lalu krn Sarah telah diminta oleh Cik Suria dan Cik Suri utk berkongsi pengalaman beliau sehingga brjy mlnjtkn pljrn di Melbourne,Australia..sy turut ke sana menemani beliau di smpg membuat survey keadaan di sekolah..

spnjg tmph singkat brada di sana,sy dan Sarah difhmkn bhwa prestasi Teknik Kuantan kian merosot. terbaru, ranking Teknik kita telah jatuh ke tangga 10(kalu xslp),brktn kemerosotan dlm pprksaan SPM. ini amat membimbangkan krn difhmkn,MOE dlm perancangan utk mengurangkn bil.sklh teknik. sy dan Sarah khuatir,seandainya ranking Teknik Kuantan trs merosot, sklh kita kebarangkalian besar utk ditukarkan kpd sekolah Vokasional atau di tutup.

dari segi aktiviti di sekolah, kami di fhmkan byk aktiviti yg pernah dijalankan dulu tdk dilaksanakan kini. sbg contoh, Minggu Aspuri. kali terakhir Minggu Aspuri dijlnkn ialah pd batch 07/8. Bahkan, Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan dlm suasana yg hambar. tiada lagi persembahan nasyid, mahupun aktiviti jualan di luar dwn(spt yg pernah dijlnkn oleh batch 05/06). Kita blh lihat, betapa pelajar2 Teknik Kuantan kini kerugian.

selain itu, dr segi kokurikulum, sy dan Sarah dikhabarkan bhw pasukan Kadet Polis yg dulu ampuh, kini layu tak bermaya. tiada latihan kawad harian malah apabila masuk bertanding, pasukan Kadet Polis Teknik Kuantan telah tewas. wah,begitu sekali berubahnya Teknik kita..

soal disiplin pula apatah lagi. andai dulu pengawas sekolah perempuab wajib pakai kain skirt tiap2 Isnin tp skrg suka hati mereka nk pakai apa. tak seragam dan tak kemas. bahkan, hbgn antara pengawas lelaki dan perempuan umpama anjing dgn kucing. mereka tidak sepakat mlh pentingkan diri. sy dan Sarah turut membuat perjumpaan dgn bbrp org pengawas perempuan utk bertnya khabar dan btkr-tkr cerita(maaf,sy xingat nm mrk tp cam muka) ttg aktiviti sekolah. hasilnya, kami dpti mereka kreatif dlm mnjn idea tp mrk tdk mempunyai peluang utk merealilsasikan apa yg dirancang. mereka ada merungut yg idea mereka di tolak mentah2 setelah proposal siap dibentangkan(tggu ms laksana sj) oleh penasihat mereka (sdgkan ms diberi tugas,penasihat mrk lps tgn,suh mereka buat sndiri,pastu present,alih2 jwpn yg diberikan amat mengecewakan).

lain2 hal berkaitan disiplin ialah ponteng. sy dikhbrkn oleh Cik Suria dan Cik Suri psl ada certain bdk Pengurusan brani ponteng kls akaun Pn Yeo. sy terkejut. pljr2 Teknik Kuantan kini mmpunyai keberanian yg luar biasa tp sy tak pasti sejauh mn kbrnian mrk tu. sbg langkah lanjut, sms sesi sy berkongsi pngalamn utk bhgian pengajian dlm negara sy mngr sikap mrk yg ponteng ni. tak kisahlah dia drpd jurusan mn, ponteng ttp mnjdi tndkn negatif spnjg hyt.

tmph singkat berada di Teknik Kuantan byk mmberi buah fkrn kpd sy dan Sarah. so guys, kalu berkesempatan jenguk2 lah ke Teknik Kuantan. try to give morale support to them so that our they can realize and work hard to safe our technic. Do sharing our experience. Mn taw, kita blh mnjadi sumber inspirasi kpd mrk utk cemerlang dlm peperiksaan nnti. Wallahua'lam.. :)

Tuesday, December 29, 2009

Persahabatan turut putus lepas cinta terlerai

SOALAN:

SAYA berusia 19 tahun dan mempunyai seorang sahabat. Kami berkawan sejak sekolah rendah dan kini hampir 13 tahun bersahabat. Sepanjang persahabatan itu, kami cukup mengenali satu sama lain sehingga suka duka zaman persekolahan dikongsi bersama.


Tanpa disedari, persahabatan itu mewujudkan perasaan cinta dan ia diteruskan sehingga masing-masing menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagaimanapun, selepas sedar tanggungjawab sebagai pelajar, hubungan cinta kami terputus dan dia turut memutuskan persahabatan kami.

Saya puas menghubunginya untuk berbaik sebagai sahabat, namun dia memarahi saya.

Dr, adakah hubungan persahabatan itu akan hancur apabila wujudnya rasa cinta? Apakah yang perlu saya lakukan untuk berbaik-baik semula dengan dia?

REMAJA 1Malaysia,
Kuala Lumpur.


JAWAPAN:

SAMA ada ya atau tidak, itu bergantung kepada situasi dan apakah yang diinginkan pasangan sahabat atau kekasih. Ada pasangan sahabat lebih selesa terus menjadi sahabat.

Tidak kurang juga yang mendapati perkongsian masa dan banyak persamaan dari segi sikap, nilai serta kegemaran adalah petanda baik untuk mengalihkan persahabatan kepada sesuatu yang lebih mendalam iaitu percintaan.

Cinta wujud dalam pelbagai jenis, antaranya cinta persahabatan. Cinta boleh berlaku jika berlaku perasaan suka yang mendalam kepada seseorang yang benar-benar memahami dan sesuai dengan diri kita.

Perhubungan ini hanya berlaku dengan orang tertentu saja dan lazimnya kepada sahabat baik.

Dalam perhubungan ini, ada kalanya apabila perasaan cinta wujud antara kedua-dua pihak, ia disalahertikan. Akibatnya, hubungan persahabatan terbabit akan berubah dan ia tidak seperti dulu lagi.

Tanda positif bagi pasangan sahabat yang bersedia menukar hubungan persahabatan kepada percintaan antaranya, kedua-dua bersedia mengambil risiko dan mengalihkan persahabatan kepada perhubungan yang lebih mendalam.

Di samping itu, salah seorang lebih berminat berdampingan dengan sahabatnya berbanding orang lain.

Masing-masing bersedia melabur lebih banyak masa untuk satu perhubungan yang lebih bermakna.

Mengenai usaha adik berbaik semula sebagai sahabat, tetapi dimarahi kerana menghubunginya, langkah terbaik ialah memberi dia masa untuk melihat semula apakah yang patut dilakukan dalam konteks persahabatan ini.

Jika dia benar-benar menghargai keindahan persahabatan yang disemai sejak 13 tahun lalu, dia akan menghubungi adik. Banyak berdoa dan bersabar, insya-Allah hubungan adik dan si dia akan bersatu semula.