Tuesday, December 29, 2009

Budak meninggal bantu orang tua ke syurga

SOALAN

SAYA ada terbaca sebuah kitab yang menceritakan mana-mana anak yang meninggal dunia semasa dilahirkan atau meninggal sebelum baligh, di akhirat ia akan memberi syafaat kepada orang tuanya. Soalan saya ialah adakah nas yang membenarkan dakwaan itu ? Adakah dakwaan ini berunsurkan israilliyat ataupun syiah?


RAMLEE HARUN
Kota Tinggi


JAWAPAN

Sudah jelas dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa semua anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni bersih dan suci jiwanya dari sebarang dosa; Justeru itu anak-anak orang Islam (Wildan) yang meninggal dunia sebelum baligh, mereka dikumpulkan di alam barzakh di bawah penjagaan Nabi Ibrahim AS.

Mereka dipindahkan ke Syurga setelah kiamat. Mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya. Inilah kelebihan mereka. Sabda Rasulullah : “Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah.”

Tafsiran kepada hadis ini ada menyatakan sekiranya ibu bapa mereka berada di neraka, mereka meminta syafaat daripada Nabi Muhammad agar ibu bapa mereka dikeluarkan daripada neraka. Ini juga salah satu kelebihan anak-anak orang Islam yang mati sebelum baligh.

No comments:

Post a Comment